بسم الله الرحمن الرحيم
JAULAH BUMI TANTA,
JEJAK MAQAM WALIYULLAH SYEIKH SAYYIDI AHMAD BADAWI
Assalamualaikum…
Bermula pengembaraan di bumi Tanta,
Selasa, 27 Januari 2015. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana telah
menyampaikan saya ke sebuah makam waliyullah, iaitu seorang insan pilihan Allah
yang bernama Sayyidi Ahmad Badawi. Rasa kerdil insan ini, berada di hadapan
seorang waliyullah, walaupun pada zahirnya mereka telah wafat akan tetapi jiwa
waliyullah ini tetap hidup. Bagaimana hakikat kehidupan mereka hanyalah Allah
Subhanahu Wa Taala sahaja yg mengetahui.
Kalau hendak dikisahkan kehebatan
beliau, sehingga disebutkan beliau dikurniakan kewalian hasil pancaran kewalian
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani (wali Qutub pada zamannya) dan Sheikh Ahmad Ar
Rifai'e (juga seorang wali qutub pada zamannya). Sungguh sukar menyatakan tahap
kewalian Sheikh Sayyidi Ahmad Badawi, disebabkan terlalu tinggi tahapnya.
Kadang kala kita hairan bagaimana beliau mampu memelihara diri, dengan menahan
segala macam bentuk godaan syaitan sehingga Allah mengangkat martabatnya ke
satu martabat yang lebih tinggi.
Makam yang terletak di Tantaini, sering
menjadi kunjungan jutaan manusia yang tidak lekang untuk menziarahi makam
beliau dari kalangan para sufi, ulama' dan manusia keseluruhannya. Moga Allah
Taala mengurniakan kita himmah dalam mengamalkan sunnah-sunnah nabi yang mulia
dengan memperbanyakkan selawat dan sentiasa berakhlak mulia.
Menurut kisah, antara karamah Syeikh
Ahmad Badawi ialah mukanya brcahaya sehinggakan beliau melilit wajahnya
sebanyak dua kali dngn serban beliau. Pada suatu ketika, seorng anak murid
beliau meminta untuk melihat wajah Syeikh Ahmad Badawi tetapi, beliau menolak
permintaan anak muridnya itu pada awalnya, atas desakan yang kuat, beliau
membenarkn anak muridnya ini melihat wajah beliau. Semasa melihat wajah Syeikh
Ahmad Badawi anak muridnya itu meninggal dunia kerana terkejut melihat wajah
Syeikh Ahmad Badawi yang bercahaya. Semenjak peristiwa itu beliau tidak pernah
membuka lilitan serbannya dan anak muridnya yang meninggal dunia itu
diklasifikasikan sebagai mati syahid kerana meninggal dunia semasa menuntut
ilmu.
MASJID SYEIKH SAYYIDI AHMAD BADAWI,
AWL BAHR, TANTA
MARI KITA
IKUTI SEJARAH MENGENAI WALIYULLAH INI
Syeikh Ahmad
Badawi berasal dari Kota Fas, Magribi. Seorang ulama sufi dan wali Allah yang
sangat terkenal di dunia sufi ini lahir pada tahun 596 H. Nama sebenarnya Ahmad
bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Badawi. Berketurunan Nabi saw,
karena nasabnya sampai kepada Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali bin Abi
Talib, suami Saiyidah Fatimah binti Saiyidina Nabi Muhammad saw.
Keluarga
Badawi bukan penduduk asli Fas. Mereka berasal dari Bani Bara, suatu kabilah
Arab di Syam yang berhijrah tinggal di Negara Arab paling barat ini. Di sinilah
semasa kecil Syeikh Ahmad Badawi menghafal al-Qur’an dan mengkaji ilmu-ilmu
agama khususnya fekah Mazhab Syafie. Pada tahun 609 H ayahnya membawanya pergi
ke tanah Haram bersama saudara-saudaranya untuk melaksanakan ibadah haji.
Mereka tinggal di Makah selama beberapa tahun sampai ayahnya meninggal dunia
pada tahun 627 H dan dimakamkan di Ma’la.
Syeikh Ahmad
Badawi selalu mengenakan tutup muka. Suatu ketika berkhalwat selama empat puluh
hari tidak makan dan minum. Waktunya dihabiskan untuk melihat ke langit.
Tiba-tiba dia mendengar suara tanpa rupa (hatif), berkata: “Berdirilah !” lalu
suara itu terus mengucapkan kata-kata, carilah tempat terbitnya matahari. Bila
jumpa, carilah pula tempat terbenamnya matahari. Kemudian berpindahlah ke
Tanta, satu Bandar di Gharbiyah, Mesir. Di sanalah tempatmu wahai pemuda”.
Suara tanpa
rupa itu seakan membimbingnya ke Iraq. Di sana ia bertemu dengan dua orang wali
Allah yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Kadir Al Jailani dan Syeikh Ar Rifa’i. “Wahai
Ahmad ” kata kedua orang wali Allah itu kepada Syeikh Ahmad Al Badawi
seperti mengeluarkan arahan. ” Kunci-kunci rahsia wilayah Iraq, India, Yaman,
as-Syarq dan al-Gharbiyah di genggaman kita. Pilihlah mana yang kamu suka “.
Tanpa disangka-sangka Al Badawi menjawab, “Saya tidak akan mengambil kunci
tersebut kecuali dari Zat Yang Maha Membuka.
Perjalanan
selanjutnya adalah Mesir negeri para nabi dan ahli bait. Syeikh Ahmad masuk ke
Mesir pada tahun 634 H. Di sana ia bertemu dengan Al Zahir Bibers dengan
tenteranya. Mereka menyanjung dan memuliakan wali Allah ini. Namun takdir sudah
menetukan ia harus melanjutkan perjalanan menuju tempat yang dimaksud oleh
bisikan ghaib, Tanta, satu kota yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dunia. Di
Tanta Syeikh Ahmad Badawi menjumpai para wali, seperti Syeikh Hasan Al Ikhna`I,
Syeikh Salim Al Maghribi dan Syeikh Salim Al Badawi. Di sinilah ia berdakwah,
menyeru pada agama Allah, takut dan sentiasa berharap hanya kepadaNya.
Beliau
laksana laut, diam tenang tapi dalam dan penuh dengan mutiara, itulah Syeikh
Ahmad Al Badawi. Syeikh Matbuli berkata, “Rasulullah SAW bersabda kepadaku, ”
Setelah Muhammad bin Idris As Syafe tidak ada wali di Mesir yang fatwanya lebih
berpengaruh daripada Ahmad Badawi, Nafisah, Syarafuddin Al Kurdi kemudian Al
Manufi. Syeikh Matbuli hidup bukan di zaman Rasulullah saw, dia mendapatnya
dengan karamah kewaliannya.
Suatu ketika
Ibnu Daqiq Eid mengutus Abdul Aziz Ad Darini untuk menguji Syeikh Ahmad Badawi
dalam berbagai permasalahan. Dengan tenang dia menjawab, “Jawapan soalan-soalan
itu terdapat dalam kitab ‘Syajaratul Ma’arif’ karya Syeikh Izzuddin bin Abdus
Salam. Ertinya beliau juga amat menguasai ilmu-ilmu syariat malah menghafaznya.
Apa yang
ada di Masjid Sidi Ahmad Badawi ???
Di Masjid
Sidi Ahmad Badawi terletaknya lokasi Makam Syeikh Ahmad Badawi sendiri dan
empat lagi Makam waliyullah, Masjid ini juga menyimpan bekas tapak kaki
Rasulullah yang dikatakan dibawa oleh Sultan Salehuddin Al-Ayubi dari Madinah
semasa zaman pemerintahan beliau, masjid ini juga mempunyai satu bilik
keperluan Syeikh Ahmad Badawi sendiri yang menyimpan barang-barang keperluan
Syeikh Ahmad Badawi serta janggut Rasulullah.
Antara
barang yang tersimpan di dalam bilik keperluan Syeikh Ahmad Badawi:
1. Tasbih
Syeikh Ahmad Badawi sepanjang 10 meter (999 biji sebesar biji tamar setiap
satu)
2. Pakaian
Syeikh Ahmad Badawi berwarna merah (20 kilogram)
3. Tongkat
Syeikh Ahmad Badawi
4. Serban
Syeikh Ahmad Badawi
5. Janggut
Rasulullah
POTONGAN DARIPADA KISWAH RASULULLAH
SAW
BEKAS TAPAK KAKI BAGINDA RASULULLAH
SAW
KARAMAH
SYEIKH SAIYYIDI AHMAD BADAWI
Karamah lahiriah bukanlah satu-satunya
ukuran tingkat kewalian seseorang, tetapi tidak ada salah disebutkan beberapa
karamah Syeikh Ahmad Badawi sebagai bukti betapa hebatnya orang-orang yang hampir
jiwanya dengan Allah
ini. Diantaranya seperti yang biasa kita dengar bahawa beliau ini sentiasa
menutup wajahnya dengan kain dari pandangan manusia. Dalam masa yang sama, ia
mempunyai pengikut yang ramai. Maka ramailah dikalangan orang-orang yang
berhasad dengki, mengadu kepada pemerintah bahawa Syeikh Ahmad mengamalkan
ajaran sesat, sebab itu dia menutup mukanya. Sultan yang memerintah ketika itu
memanggilnya ke istana untuk mengetahui dalam beberapa perkara dan memaksanya
membuka kain penutup mukanya. Bila sahaja dibuka kain tersebut, memancarlah
cahaya dari wajahnya yang sangat menyilaukan pandangan. Tahulah Sultan bahawa
beliau adalah wali Allah. Setelah itu diketahui rahsia cahaya mukanya adalah
kerana dia beramal dengan selawat yang dikenali selepas itu dengan ‘Selawat
Badawi’.
Diceritakan
ada seorang Syeikh yang hendak bermusafir. Sebelum bertolak dia meminta
pendapat pada Syeikh Ahmad Badawi yang sudah berbaring tenang di alam barzakh.
Nisbah lahir sudah meninggal dunia, sedangkan para wali tidak mati seperti
orang biasa. Mereka hanya berpindah alam, roh mereka masih berperanan.
“Pergilah,
dan tawakkallah kepada Allah SWT”
tiba-tiba terdengar suara dari dalam makam Syeikh Ahmad Badawi.
Tersebut
kisah Syeikh Ahmad Badawi suatu hari berkata kepada seorang laki-laki yang
memohon panduan dalam perniagaannya. “Simpanlah gandum untuk tahun ini. Kerana
harga gandum nanti akan melambung tinggi, tapi ingat, kamu harus banyak
bersedekah pada fakir miskin”. Nasihatnya benar-benar dilaksanakan oleh
laki-laki itu. Setahun kemudian dengan izin Allah kejadian itu terbukti benar.
Ini memperlihatkan orang yang imannya sangat hampir dengan Tuhan mendapat
sumber ilmu dari Tuhannya, tidak terbatas dengan persoalan akhirat semata-mata.
Pada tahun
675 H sejarah mencatat kehilangan tokoh besar yang mewarnai dunia Islam dengan
cinta dan takut kepada Allah. Dengan kasih sayang sesama manusia. Syeikh Ahmad
Badawi yang tidak pernah berkahwin ini berpindah ke alam baqa’ dekat dengan
kekasihnya Allah swt. Jasadnya dikebumikan di Tanta, Mesir.
Beberapa
waktu setelah pemergian wali pujaan ini, umat Islam seperti
tidak tahan, menanggung rindu akan kehadirannya. Maka diadakanlah di hari ulang
tahun kelahirannya, diadakan majlis merayakannya (maulid), maka sejarah
mencatat, orang ramai datang umpama gelombang banjir dari berbagai tempat yang
jauh. Kerinduan, kecintaan, pengabdian mereka tumpahkan pada hari itu pada sufi
agung ini. Hal inilah kiranya yang menyebabkan sebagian ulama dan pegawai agama
ditahun-tahun selepas itu cuba menghalang
acara maulid ini untuk mengelakkan bid’ah kononnya. Ia terjadi hanya satu tahun
sahaja. Tahun berikutnya perayaan diadakan kembali hingga sekarang.
Pengorbanan seorang waliyullah ini patut
diteladani oleh masyarakat islam terutamanya pemuda dan pemuda yang menjadi tunjang
pembentukan islam sejati. Pengalaman ini telah menyedarkan saya untuk lebih
lagi mengkaji mengenai sirah Rasulullah, para anbiya', sahabat dan waliyullah. Dengan
mengetahui sejarah, dapatlah kita mengambil ibrah dari kisah-kisah hidup mereka
yang terdahulu, berusaha dalam menegakkan agama Islam ini sehingga tidak
terasing lagi di mata dunia dengan ketinggian akhlak dan keilmuanya. Mereka
hidup hanyalah dengan berbekalkan cinta akan Allah itu, melebihi cinta akan
dunia dan isinya.
Semoga Allah
memberi kemenangan kepada umat Islam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan